[VIDEO] Kementerian Pendidikan komited pastikan setiap sen dibelanjakan sebaiknya

0
358

KEMENTERIAN Pendidikan komited memastikan setiap sen yang diperuntukkan dibelanjakan sebaiknya demi memastikan generasi pewaris negara mendapat pendidikan terbaik.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kementeriannya menerima peruntukan terbesar iaitu, RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan tahun 2022.

“Kementerian berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di atas peruntukan besar itu,” kata dalam kenyataan hari ini.

Dr Radzi berkata, belanjawan kali ini cukup penting dalam usaha kerajaan membawa keluar negara daripada kemelut pandemik Covid-19.

Katanya, peruntukan sebanyak RM900 juta amat tepat bagi menyelenggara sekolah di bawah KPM.

“Peruntukan RM50 juta untuk murid bekeperluan khas akan digunakan membeli peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti di sekolah

“Usaha memperkasa pendidikan khas bagi memastikan anak istimewa dapat terus belajar dalam persekitaran selamat dan kondusif,” katanya

Beliau menambah, penambahan jumlah bantuan awal persekolahan RM100 kepada RM150 amat baik bagi membantu anak-anak membuat persiapan kembali ke sekolah.

“Doakan tahun depan sekolah dapat dibuka sepenuhnya dengan lebih ramai murid dapat hadir ke sekolah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here