Kejayaan Radzi di ‘kerusi panas’ Kementerian Pendidikan

0
262

KERUSI Menteri Pendidikan dianggap salah satu ‘kerusi paling panas’ dalam jemaah menteri. Ia memandangkan sesiapa sahaja yang menduduki jawatan itu bertanggungjawab mencorakkan sistem pendidikan negara ini.

Tanggungjawab bukan mudah. Bayangkanlah mengikut statistik Kementerian Pendidikan pada Julai 2020 terdapat 4,987,401 orang murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah manakala bilang guru pula ialah 416,743 orang.

Statistik tersebut mungkin sudah berubah memandangkan kini sudah tahun 2022. Sudah pastilah dari semasa ke semasa cabaran dalam dunia pendidikan semakin getir. Apatah lagi ketika ini kita berada dalam era ledakan teknologi maklumat dan ‘semakin ramai’ cerdik pandai yang sentiasa memberikan pandangan-pandangan kritis berhubung pengurusan pendidikan negara.

Bagaimanapun berbanding dengan menteri-menteri pendidikan sebelum ini,Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin yang merupakan Menteri Pendidikan Ke-21 menghadapi cabaran yang mungkin tidak pernah dirasai oleh mereka.

Beliau melangkah masuk ke dalam Kementerian Pendidikan ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19. Dalam situasi itu sudah tentulah cabaran yang menanti cukup getir.

Ini diakui sendiri oleh Radzi ketika menjadi tetamu dalam Soal Rakyat: Pendidikan Membina Generasi Gemilang disiarkan TV3, baru-baru ini.

Beliau yang mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mac 2020 berkata, tidak pernah ada seorang pun Menteri Pendidikan atau Ketua Setiausaha dan kakitangan lain, termasuk guru, yang pernah menguruskan kementerian itu sewaktu pandemik, yang bukan sahaja menular di Malaysia, malah di seluruh dunia.

“Dan biasanya menteri baharu ini pegawai-pegawai seperti ketua setiausaha, ketua pengarah pendidikan, tahu ada perkara untuk dibincangkan. Tapi bila masuk bab-bab pengurusan pandemik… tidak ada yang berpengalaman menguruskannya.

“Jadi apa yang kita buat, kita duduk bersama… dalam keadaan susah kita membentuk satu pasukan yang cukup mantap di kementerian… dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai kementerian… ada yang dah bersara pun, yang pernah melalui dua setengah tahun yang sukar ini.

“Daripada tak ada garis panduan nak masuk sekolah… waktu itu nak pergi sekolah macam mana dengan check suhunya, dengan di sekolah jarak satu meter… ini semua kekal dalam memori,” katanya pada program

Radzi berkata beliau beruntung kerana mendapat kerjasama palbagai pihak di kementerian, termasuk guru-guru di sekolah, yang bergerak sebagai satu pasukan.

“Saya beruntung bersama dengan guru-guru dalam tempoh yang sukar ini untuk memastikan benda yang tak boleh nak buat kita boleh buat. Jika kita ingat peperiksaan SPM 2020 yang itu paling mencabar sekali nak buat. Empat kali tangguh. Setiap kali tangguh kena belasah… namun begitu dengan kerjasama semua pihak kita bergerak sebagai satu enjin besar… cikgu semua bekerjasama dengan pengetua bergerak sebagai satu pasukan untuk memastikan SPM 2020 dapat dilaksanakan.

‘’Alhamdulillah kita dapat laksanakan dengan amat baik dan buat pertama kali dalam sejarah, walaupun tempoh sukar… kertas peperiksaan SPM dimarkahkan secara atas talian keseluruhannya,” katanya.

Satu lagi cabaran getir yang berjaya ditangani oleh Radzi ialah isu beg berat. Ia bukanlah isu baru, malah dalam kalangan ibu bapa mereka selalu berkata,’’sampai nak patah bahu anak aku bawa beg pi sekolah’’.

Malah isu beg berat ini juga tidak habis-habis menjadi bahan kritikan pihak tertentu terhadap Kementerian Pendidikan dan dalam soal ini Radzi juga terlepas menerima tempiasnya.

Radzi tahu isu tersebut bukanlah mudah, namun ia tidak bermakna Kementeria Pendidikan akan mengalah dan membiarkan murid-murid bagaikan ‘memikul batu’ ke sekolah. Tambahan pula isu beg ini telah diperkatakan sejak tahun 90-an lagi. Kajian demi kajian dilakukan termasuklah pelaksanaan Kajian Beban Buku Murid Sekolah Rendah pada tahun 1994.Disusuli dua lagi kajian disusuli selepas itu iaitu Kajian Berat Beg Murid Sekolah Rendah pada tahun 2008 dan Laporan Kajian Beg Murid Sekolah Rendah pada 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here