Tag: bencana

  • Keluhan rakyat tanggungjawab kerajaan, jangan terlalu legalistik

    Keluhan rakyat tanggungjawab kerajaan, jangan terlalu legalistik

    KELUH-kesah rakyat dalam menghadapi bencana harus diberi perhatian secepat yang mungkin. Kerajaan perlu komited mengurangkan kerenah birokrasi  dan legalistik yang menyebabkan penyaluran bantuan kepada orang ramai terutama membabitkan kes mangsa bencana, mengambil masa agak lama. Justeru, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menasihatkan, apa-apa sahaja keluh-kesah masyarakat adalah tanggungjawab…

  • [VIDEO] Puting beliung terburuk landa Amerika Syarikat

    [VIDEO] Puting beliung terburuk landa Amerika Syarikat

    PUTING beliung yang melanda enam negeri di Amerika Syarikat pada Sabtu menyebabkan lebih 80 terbunuh, manakala berpuluh lagi hilang dalam insiden yang disifatkan Presiden Joe Biden sebagai antara ribut terbesar dalam sejarah Amerika. “Ia satu tragedi, kita belum tahu berapa ramai yang terkorban dan tahap kerosakan” kata Biden. Pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus membantu…

  • [VIDEO] 743 mangsa di pusat pemindahan sementara susulan banjir di Ampang

    [VIDEO] 743 mangsa di pusat pemindahan sementara susulan banjir di Ampang

    TIGA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor susulan banjir yang berlaku, malam tadi. PPS berkenaan terletak di Pangsapuri Desa Lembah Permai, Ampang; Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sungai Serai dan Kompleks Penghulu Mukim Cheras Batu 10. Wakil Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hulu Langat, Muhammad Razif Ruba’ai, berkata setakat jam…

  • Dasar pengurangan risiko bencana kebangsaan perhebat kesiapsiagaan hadapi bencana: PM

    Dasar pengurangan risiko bencana kebangsaan perhebat kesiapsiagaan hadapi bencana: PM

    DASAR Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan yang sedang dibangunkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dapat memperkasa pengurusan dan memperhebat kesiapsiagaan risiko bencana negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain menambah baik kefahaman tentang risiko bencana, dasar itu juga dapat meningkatkan pelaburan dalam inisiatif pengurangan risiko bencana dari aspek kapasiti sumber manusia, pemerkasaan institusi, perluasan langkah mitigasi dan aplikasi…

  • [VIDEO] Fenomena air pasang besar punca banjir di Kuala Selangor

    [VIDEO] Fenomena air pasang besar punca banjir di Kuala Selangor

    JUMLAH mangsa banjir yang dipindahkan di Kuala Selangor meningkat kepada 177 orang, pagi ini. Mereka daripada 58 keluarga dan enam kawasan yang ditenggelami air disebabkan fenomena air pasang besar di kawasan itu. Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, fenomena air pasang besar sudah dijangka oleh pihak APM…

  • [VIDEO] Bencana kepala air Gunung Jerai akibatkan banyak kerosakan

    [VIDEO] Bencana kepala air Gunung Jerai akibatkan banyak kerosakan

    LEBIH 10 kampung di kaki Gunung Jerai dan taman-taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air yang berlaku kira-kira jam 3 petang tadi. Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang tinggal di kawasan itu, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan tidak dijangka.…