[VIDEO] 743 mangsa di pusat pemindahan sementara susulan banjir di Ampang

0
289

TIGA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor susulan banjir yang berlaku, malam tadi.

PPS berkenaan terletak di Pangsapuri Desa Lembah Permai, Ampang; Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sungai Serai dan Kompleks Penghulu Mukim Cheras Batu 10.

Wakil Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hulu Langat, Muhammad Razif Ruba’ai, berkata setakat jam 9 pagi tadi, seramai 743 mangsa di tempat di ketiga-tiga PPS berkenaan.

“PPS Pangsapuri Desa Lembah Permai, Ampang, terdapat 127 keluarga, 630 mangsa dan membabitkan 400 rumah.

“PPS SK Kampung Sungai Serai terdapat 29 keluarga merangkumi 83 mangsa.

“Di PPS Kompleks Penghulu Mukim Cheras Batu 10 membabitkan lapan keluarga merangkumi 30 mangsa,” kata Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat itu menurut laporan BH, hari ini.

Bagaimanapun menurut kenyataan yang dimuatnaik di Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Ampang hari ini, banjir berlaku di satu kawasan iaitu di Kampung Lembah Jaya Utara.

Banjir berlaku berikutan hujan lebat pada petang semalam. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here