Tag: bencana
-
Banjir: Lebih 38,000 orang masih berlindung di 126 PPS
SERAMAI 38,738 mangsa banjir masih berlindung di 126 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini. Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir berkurangan daripada 39,677 pada 8 malam tadi kepada 38,587 pagi ini. Seramai 10,747 keluarga masih ditempatkan di 123 PPS yang beroperasi di empat daerah terjejas masing-masing…
-
Mangsa banjir di lima negeri melonjak lebih 27,000 orang pagi ini
SEBANYAK 27,467 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri terkesan banjir iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka, setakat pagi ini. Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir melonjak lebih dua kali ganda kepada 25,213 orang pagi ini berbanding 9,162 orang pada 8 malam tadi dengan…
-
Banjir Kelantan dan Terengganu makin pulih, jumlah mangsa terus berkurangan
SITUASI banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan satu di Terengganu ditutup hari ini. Di Sabah dan Sarawak pula melibatkan satu daerah dengan jumlah mangsa berlindung di PPS kekal sama manakala di Perak merekodkan penurunan. Di KELANTAN, sebuah PPS terakhir di jajahan Tumpat dan sebuah PPS di jajahan…
-
Tanah runtuh: Nadma fokus soal pengurusan pasca bencana
BIARPUN operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali telah berakhir secara rasmi 12 tengah hari tadi, namun kerajaan akan terus membantu mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd…
-
94 lokasi bencana dikenal pasti di seluruh negara
KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) mengenal pasti sebanyak 94 lokasi bencana berlaku seluruh negara setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata daripada jumlah itu ia membabitkan 52 jalan negeri dan 42 jalan Persekutuan di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Perak. “Sebanyak 61 lokasi membabitkan banjir…
-
Sungai Kupang di Kampung Iboi melimpah lagi
PENDUDUK Kampung Iboi di Baling sekali lagi berdepan pengalaman menakutkan apabila air dari Sungai Kupang yang pernah membadai kawasan tersebut pada 4 Julai lalu, sekali lagi melimpah hari ini. Meskipun limpahan itu tidaklah seteruk seperti yang berlaku dalam kejadian menyayat hati mengorbankan tiga nyawa pada awal Julai lalu, limpahan air tersebut yang jelas berwarna kemerah-merahan…
-
Bomba Jasin selamatkan 80 pengunjung air terjun terperangkap akibat kepala air
PETUGAS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin menyelamatkan kira-kira 80 pengunjung Air Terjun Lama Tiga Budaya, Asahan selepas terperangkap akibat fenomena kepala air hari ini berikutan hujan lebat. Komander Operasi Mohd Rizuan Suliman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengunjung pada pukul 1 tengah hari tadi sebelum tiba ke tempat kejadian 27 minit kemudian…
-
Pasukan Bencana Istana Negara bantu mangsa banjir Karak
PASUKAN Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan persekitaran di Taman Wijaya, Karak, Pahang. Istana Negara menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya memaklumkan misi itu disertai 35 sukarelawan terdiri daripada pegawai dan kakitangannya serta diketuai Juruiring Tentera Laut kepada Yang di-Pertuan Agong Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim. Turut hadir Pengarah…
-
Dua lagi daerah di Sabah dilanda banjir
SABAH merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir dengan daerah Paitan dan Beluran menjadi daerah terbaharu dilanda bencara itu, malam tadi. Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataan memaklumkan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 566 orang daripada 182 keluarga malam ini berbanding 504 orang daripada 167 keluarga petang tadi. Di Paitan yang terletak di utara negeri itu, seramai 32…
-
Bah besar penutup 2021
BENCANA alam termasuk banjir besar yang melanda beberapa negeri sehingga meragut hampir 50 nyawa manakala lima lagi dilapor hilang, mengakhiri tahun 2021 yang turut menyaksikan rakyat bersatu hati dan bangkit untuk saling membantu selari dengan semangat Keluarga Malaysia. Jumlah 48 korban (setakat 27 Dis) dikatakan paling tinggi dalam sejarah bencana banjir di Malaysia. Banjir besar kali ini tidak dijangka…