[VIDEO] Puting beliung terburuk landa Amerika Syarikat

0
395

PUTING beliung yang melanda enam negeri di Amerika Syarikat pada Sabtu menyebabkan lebih 80 terbunuh, manakala berpuluh lagi hilang dalam insiden yang disifatkan Presiden Joe Biden sebagai antara ribut terbesar dalam sejarah Amerika.

“Ia satu tragedi, kita belum tahu berapa ramai yang terkorban dan tahap kerosakan” kata Biden.

Pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus membantu rakyat yang masih terkejut dengan menggeledah bangunan di seluruh kawasan tengah Amerika Syarikat untuk mencari mangsa yang mungkin masih hidup.

Menurut Gabenor Negeri, Andy Beshear, ini adalah kejadian puting beliung paling teruk, dahsyat dan menyebabkan ramai terkorban dalam sejarah Kentucky dan mungkin kehilangan lebih daripada 100 mangsa.

Bagaimanapun, sebelum ini kejadian puting beliung sudah beberapa kali melanda bandar kecil Kentucky.

Kejadian puting beliung di Utara dan Timur Kentucky pada 2 Mac 2012.

Dalam kejadian pada 2 Mac 2012, puting beliung melanda bahagian Utara dan Timur Kentucky dan meragut 26 nyawa serta lebih 200 cedera.

Manakala pada 3 April 1974 hingga 4 April 1974, satu kejadian puting beliung yang dikatakan terburuk pada ketika itu telah meragut 335 nyawa.

Sebanyak 148 puting beliung melanda kawasan itu pada masa yang sama sehingga kejadian itu mendapat gelaran ‘The Super Outbreak’. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here