Tag: artis
-
Badan panas, hilang selera makan, Fizz Fairuz dedah kisah sebenar…
INGATKAN demam biasa tetapi lain pula hal yang menimpa pelakon Datuk Fizz Fairuz baru-baru ini. Keadaan suhu badan yang berubah-ubah membuatkan dia ‘pening’ kepala dengan kejadian yang menimpanya ketika itu. Cerita Fizz, dia mengalami gangguan mistik sehingga membuatkan kesihatannya terganggu ketika menjalani penggambaran sebuah drama beberapa bulan lalu. “Saya menjalani penggambaran di tempat yang memang…
-
Lima jari kaki sudah dipotong, Bad Indigo ulang alik hospital cuci luka
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitu juga dengan keadaan yang dihadapi oleh suami kepada penyanyi Ashira, Bad Indigo yang menghidap penyakit diabetes sejak beberapa tahun yang lalu. Kelima-lima jari kaki kirinya sudah dipotong dan dia perlu berulang-alik ke hospital bagi membersihkan luka pada bahagian tersebut. “Lima jari kaki kiri telah dibuang dalam…
-
Mamat Exists kongsi rutin kehidupan di bawah fasa pemulihan
BUKAN mudah undi melalui fasa ini namun keterbukaan Mamat Exists bercerita mengenai kehidupannya ketika ini mengundang pelbagai persepsi. Masakan tidak, masih perlu melaporkan diri kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) secara berkala selama dua tahun, ini harga yang perlu dibayar oleh penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu apabila terpalit dengan dadah. Dedahnya, ini merupakan…
-
Diserang kecelaruan kebimbangan melampau, Maya Karin terlepas dua ‘job’ besar
PELAKON Maya Karin mendedahkan yang dia pernah mengalamai kecelaruan kebimbangan melampau (anxiety disoder) sebelum ini. Disebabkan perkara tersebut, dia gagal mendapatkan watak ketika menghadiri ujibakat Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem Crazy Rich Asian beberapa tahun yang lalu. “Saya masih ingat sesi ujibakat berkenaan kerana saya gagal melakukan yang terbaik kerana masalah anxiety. Waktu…
-
Giliran Iman Troye hiasi papan iklan digital di New York
MENJADI penyanyi berhijab ketiga yang muncul di papan iklan digital tersohor di New York Times Square, Amerika Syarikat, penyanyi Imam Troye mencuri tumpuan dunia apabila wajahnya dipaparkan di sana. Dia yang baru sahaja melancarkan lagu Nang mewakili Malaysia dan Singapura menerusi kempen Equal yang dianjurkan oleh platform perstriman popular, Spotify. Sebagai bintang baharu dalam industri,…
-
Tayang rumah banglo, ada yang anggap Mawar Rashid meterialistik!
Pelbagai reaksi diterima oleh Mawar Rashid saat berkongsi rasa teruja apabila mampu memiliki rumah impian pada usia 26 tahun. Ada yang memberikan pujian dan tak kurang juga yang berkata sebaliknya. Paling menyakitkan hati apabila ada yang menuduhnya meterialistik dan hanya berharap pada harga suaminya, Raf Yaacob meskipun semua itu dinikmati hasil titik peluh sendiri. “Tak…
-
Adibah Nor, Aliff Aziz tepati ramalan sertai GV8
MENEPATI ramalan awal, beberapa nama yang dikaitkan sebelum ini sah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kelapan yang bakal bersiaran 21 November depan. Antara nama awal yang disebut-sebut sebelum ini termasuklah Adibah Nor, Datuk Fazley Yaacob dan Aliff Aziz yang bakal bertanding dengan 10 orang peserta lain untuk musim kali ini. Selain itu nama-nama…
-
Mereka kaut untung, saya dapat apa?
“SAYA bukan nak kaya tapi risau juga kalau nama digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mereka mengaut untung tapi saya tak dapat apa-apa,” kata Hafiz Hamidun mengulas mengenai isu penyalahgunaan nama. Jelasnya semua pihak perlu sedar dengan perkara ini dan jangan sesekali membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja terutama kepada yang menjalankan perniagaan. Dia sendiri…
-
Otak bengkak, kesihatan Fazli Zainal makin pulih
“Doktor kata ada bengkak sikit pada bahagian otak semalam. Mungkin pasal stress dengan kerja membuatkan jadi begitu tapi sekarang sudah beransur sembuh,” kata penyanyi Fazli Zainal. Kelmarin, penyanyi yang popular dengan lagu Harapan itu mengalami tekanan darah tinggi yang naik mendadak sehingga membuatkan dia hilang ingatkan seketika. Disebabkan serangan berlaku secara tiba-tiba, dia terpaksa dimasukkan…
-
Yasmin Hani beri bayangan rumah tangga bermasalah
DESAS-desus masalah rumah tangga pelakon dan pengacara Yasmin Hani sebenarnya sudah kedengaran sejak kebelakangan ini. Ada yang mengatakan mahligai yang dibina bersama pemain drum Black Rose itu sedang dilanda badai. Tak kurang juga yang cuba menafikan perkara tersebut bagi menutup desas-desus tersebut daripada terus menjadi bualan orang. Bagai memberikan bayangan sesuatu yang besar sedang berlalu,…