Giliran Iman Troye hiasi papan iklan digital di New York

0
404

MENJADI penyanyi berhijab ketiga yang muncul di papan iklan digital tersohor di New York Times Square, Amerika Syarikat, penyanyi Imam Troye mencuri tumpuan dunia apabila wajahnya dipaparkan di sana.

Dia yang baru sahaja melancarkan lagu Nang mewakili Malaysia dan Singapura menerusi kempen Equal yang dianjurkan oleh platform perstriman popular, Spotify.

Sebagai bintang baharu dalam industri, pastinya paparan tersebut menjadi penanda aras kehadirannya diterima baik selain membawa nama negara ke persada dunia.

“Sudah pasti saya sangat bersyukur atas penghormatan ini. Ia satu kejayaan yang besar buat saya yang masih agak baru dalam industri muzik tempatan.

“Apatah lagi sebagai seorang penyanyi wanita Malaysia yang berhijab. Saya berharap akan dapat terus memenuhi harapan para peminat.

“Selain itu, saya turut berterima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat saya,” ujarnya.

Iman Troye merupakan artis Malaysia keempat yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square selepas Yuna, Layla Sania dan kumpulan Dolla.

Untuk rekod terdapat puluhan artis antarabangsa meliputi 50 buah negara terlibat dalam kempen Equal ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here