Tag: artis
-
[VIDEO] Artis ludah ketika ‘show’ dikecam
TIDAK lekang kontroversi, artis yang pernah heboh kerana isu rumah tangga kini sekali lagi menjadi topik panas apabila didakwa meludah ke arah peminat ketika membuat persembahan baru-baru ini. Kejadian itu dikatakan berlaku pada Konsert Hausboom Music 2022, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, Selangor. Menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial, penyanyi…
-
Kes saman fitnah terhadap Awal Ashaari dibicara
SAMAN fitnah dikemukakan syarikat perkhidmatan pengubahsuaian dan dekorasi rumah, Naz Empire Sdn Bhd (Naz Empire) terhadap personaliti televisyen, Awal Ashaari, akan diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan bagi penyelesaian. Menurut laporan BH Online, Peguam Sareekha Roslyna Mohd Rosly yang mewakili Naz Empire selaku plaintif berkata pada prosiding tahun lalu,…
-
Artis pukul bekas isteri dihadapkan ke mahkamah
SEORANG artis dan penyanyi kumpulan terkenal tiba di Kompleks Mahkamah di Petaling Jaya, Selangor, pagi ini dipercayai untuk didakwa kerana mencederakan dan memukul bekas isterinya. Pendakwaan dijangka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2017. Memetik laporan BH, lelaki berusia 45 tahun itu tiba jam 8.53 pagi dengan bergari…
-
Semua akan kena tangkap – cikgu, artis, ahli politik, penjawat awam: Ayob
POLIS akan menahan mana-mana individu tanpa mengira latar belakang sekiranya dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu terbabit dan kertas siasatan akan dibuka serta diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut. “Tidak kira siapa latar belakangnya, dia ustaz, tok…
-
Pelakon Pasha terkorban ketika mempertahankan Ukraine
Hidup menghiburkan peminat dan mati mempertahankan tanah air. Itu juga yang berlaku kepada seorang artis dan selebriti popular Ukraine yang disahkan terbunuh dalam peperangan menentang Rusia. Pasha Lee, 33, cukup popular di negara berkenaan. Sejak negaranya diceroboh tentera Rusia, dia terus mendaftarkan diri dalam pasukan Tentera Darat Ukraine, berjuang untuk tanah air. Kematian Pasha diumumkan…
-
‘Dah keluar nak ambil nama, mana boleh’, kata Awie mengulas isu Search
PERBALAHAN yang berlaku dalam Kumpulan Search sehingga anggota kumpulan rock legenda itu kini terbahagi kepada dua mengecewakan vokalis utama kumpulan Wings, Datuk Awie. Difahamkan antara punca pertelingkahan kumpulan legenda tersebut adalah penggunaan nama kumpulan itu sendiri iaitu ‘Search’. Menurut Awie, mereka yang memutuskan untuk keluar daripada kumpulan tidak seharusnya bertelingkah untuk menggunakan nama kumpulan yang…
-
Radhi OAG cari dana langsai bil perubatan arwah ibu
TIDAK mampu melangsaikan bil perubatan arwah ibunya yang berjumlah RM18,000, penyanyi Radhi OAG berhasrat mengadakan satu persembahan bagi mengumpul dana untuk tujuan tersebut. Sebagai seorang anak yang begitu akrab dengan ibunya, Allahyarham Fatimah Wee Abdullah, 66, dia perlu bekerja keras mencari wang untuk menyelesaikan bil tersebut secepat mungkin. “Arwah ibu meninggal 40 hari selepas pemergian…
-
Bersatu dalam seribu kekangan
BERHADAPAN dengan seribu satu kekangan tidak mematahkan semangat sebahagian besar anak seni untuk berkahwin. Meskipun fasa pandemik yang dilalui membataskan banyak perkara, semua itu bukan halangan untuk menyatukan dua jiwa. Ada perkahwinan yang dihambat dengan kontroversi tak kurang juga yang dipuji-puji. Ada juga yang meninggalkan tanda tanya dan tak terkecuali mematahkan hati insan lain. Kali…
-
Polis cari tetamu majlis kahwin selebriti langgar SOP
MAJLIS perkahwinan pasangan selebriti terkenal di Genting Highlands, Bentong, Pahang, pada 15 Disember lalu, kini disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu, dengan satu video berdurasi 41 saat yang…
-
Elyana bebas kanser selepas 11 tahun berjuang
PENYANYI Elyana berkongsi khabar gembira apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang. Menerusi laman sosial Instagram, Elyana nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor untuk tatapan umum. Menurut Elyana, dia bersyukur apabila perjuangan dan penantiannya melawan penyakit ini membuahkan…