Mamat Exists kongsi rutin kehidupan di bawah fasa pemulihan

0
19

BUKAN mudah undi melalui fasa ini namun keterbukaan Mamat Exists bercerita mengenai kehidupannya ketika ini mengundang pelbagai persepsi.

Masakan tidak, masih perlu melaporkan diri kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) secara berkala selama dua tahun, ini harga yang perlu dibayar oleh penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu apabila terpalit dengan dadah.

Dedahnya, ini merupakan rutin baharu yang harus dijalani dan dia sendiri tidak kisah berbuat demikian asalkan dapat mengubah kembali hidupnya untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Bermula pada awal tahun ini, saya harus melaporkan diri kepada AADK Johor Bahru sekiranya saya mahu keluar kawasan untuk sebarang urusan kerja dan lain-lain.

“Perkara tersebut harus saya lalui disebabkan kesalahan diri. Tak apalah, ini juga untuk kebaikan diri sendiri.

“Selain itu, saya juga perlu mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan setiap bulan dalam fasa pemulihan,” kata vokalis kumpulan Exists ini.

Dia berkata demikian sebaik sahaja ditemui selepas sidang media pelancaran Album Live Konsert Exists Reunion di ibu negara semalam.

Selain Mamat, kesemua anggota lama kumpulan berkenaan turut hadir.

Terdahulu Mamat pernah ditahan polis pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru kerana memiliki sejumlah dadah.

Pada masa sama, ujian saringan awal air kencing turut mendapati dia dan rakannya itu positif dadah.

Mahu terus merupakan peristiwa hitam berkenaan, dia mahu memberikan kembali tumpuan kepada Exists sekiranya mempunyai undangan menyanyi dan sebagainya.

“Semua aktiviti yang membabitkan kumpulan Exists akan diuruskan oleh penganjur jadi tiada masalah untuk saya berulang-alik dari Johor.

“Lagipun saya memang ada menjalankan perniagaan kedai makan dan memang ada keperluan untuk berulang alik,” tambahnya lagi.

Dalam fasa pemulihan, Mamat Exists perlu lapor diri dua tahun

Bukan mudah undi melalui fasa ini namun keterbukaan Mamat Exists bercerita mengenai kehidupannya ketika ini mengundang pelbagai persepsi.

Masakan tidak, masih perlu melaporkan diri kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) secara berkala selama dua tahun, ini harga yang perlu dibayar oleh penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu apabila terpalit dengan dadah.

Dedahnya, ini merupakan rutin baharu yang harus dijalani dan dia sendiri tidak kisah berbuat demikian asalkan dapat mengubah kembali hidupnya untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Bermula pada awal tahun ini, saya harus melaporkan diri kepada AADK Johor Bahru sekiranya saya mahu keluar kawasan untuk sebarang urusan kerja dan lain-lain.

“Perkara tersebut harus saya lalui disebabkan kesalahan diri. Tak apalah, ini juga untuk kebaikan diri sendiri.

“Selain itu, saya juga perlu mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan setiap bulan dalam fasa pemulihan,” kata vokalis kumpulan Exists ini.

Dia berkata demikian sebaik sahaja ditemui selepas sidang media pelancaran Album Live Konsert Exists Reunion di ibu negara semalam.

Selain Mamat, kesemua anggota lama kumpulan berkenaan turut hadir.

Terdahulu Mamat pernah ditahan polis pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru kerana memiliki sejumlah dadah.

Pada masa sama, ujian saringan awal air kencing turut mendapati dia dan rakannya itu positif dadah.

Mahu terus merupakan peristiwa hitam berkenaan, dia mahu memberikan kembali tumpuan kepada Exists sekiranya mempunyai undangan menyanyi dan sebagainya.

“Semua aktiviti yang membabitkan kumpulan Exists akan diuruskan oleh penganjur jadi tiada masalah untuk saya berulang-alik dari Johor.

“Lagipun saya memang ada menjalankan perniagaan kedai makan dan memang ada keperluan untuk berulang alik,” tambahnya lagi.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here