Otak bengkak, kesihatan Fazli Zainal makin pulih

0
435

“Doktor kata ada bengkak sikit pada bahagian otak semalam. Mungkin pasal stress dengan kerja membuatkan jadi begitu tapi sekarang sudah beransur sembuh,” kata penyanyi Fazli Zainal.

Kelmarin, penyanyi yang popular dengan lagu Harapan itu mengalami tekanan darah tinggi yang naik mendadak sehingga membuatkan dia hilang ingatkan seketika.

Disebabkan serangan berlaku secara tiba-tiba, dia terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

“Doktor merawat saya dengan baik. Semalam saya hilang ingatan sekejap. Tanda-tanda mild stroke awal kalau tak dikawal.

“Terima kasih pada yang ambil berat pasal saya. Doakan saya tak apa-apa ya,” katanya.

Terdahulu Fazli mengalami hilang ingatan secara tiba-tiba ketika berada di sebuah pusat karaoke di Cheras bersama dua lagi rakannya.

Sebelum ini Fazli pernah dirawat selama 29 hari di Hospital Ampang mulai 31 Julai lalu kerana tahap oksigen dalam badannya turun sehingga 75 peratus akibat COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here