Shila Amzah, Ubai sah bergelar suami isteri

0
441

DENGAN sekali lafaz, penyanyi, Shila Amzah, 33, selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubaidillah Zulkifli atau Ubai MZ, 25.

Kedua mempelai disatukan dalam majlis yang diadakan di Boathouse Ampang, Flaminggo Hotel dekat sini, pagi tadi.

Tampil dalam persalinan rekaan Zaimi Zulkafli, pasangan tersebut dinikahkan pendaftar nikah, Ustaz Haji Mohamad Khairi Hussein disaksikan keluarga terdekat.

Majlis yang bermula 10 pagi tadi itu menyaksikan Ubai menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala hantaran dirahsiakan.

Shila dan Ubai sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Mei lepas lapor Utusan Malaysia.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang berusia dua tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here