[VIDEO] Jentera PN bersemangat, pengundi sambut baik

0
712

MESKIPUN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pengalaman pertama Perikatan Nasional (PN) terbabit dalam pilihan raya di Semenanjung, akar umbi parti itu tidak kekok dan tetap bersemangat melaksanakan tugas untuk menjamin kemenangan calon mereka.

Tinjauan di sekitar Melaka hari ini mendapati gerak kerja di peringkat akar umbi berjalan lancar, sistematik dan bersemangat.

Bermula di lebuh raya menghala ke negeri bersejarah ini juga lambang-lambang PN mula kelihatan tanda parti itu tidak memandang enteng pilihan raya kali ini.

Di jalan-jalan kampung lambang PN semakin dirasai dan diterima masyarakat setempat.

Menurut Ketua Bilik Gerakan Utama PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Jasni Hamid, penduduk setempat bukan sahaja menerima kehadiran jentera PN, namun turut sama-sama membantu.

“Di DUN Rim ini mereka amat berbesar hati dan menerima gerak kerja kitadi samping itu mereka membantu bersama-sama untuk menjalankan tugas dalam PRN kali ini,” katanya kepada SatuBerita.

Beliau menambah, semangat petugas juga sangat membanggakan kerana mereka ikhlas berjuang mahukan pembaharuan di negeri Melaka.

“Saya mengharapkan semua petugas bersungguh-sungguh agar PN dapat menbentuk kerajaan di Melaka. Di samping saya berharap mereka terus cekal, berjuang sehingga ke hari mengundi, jika ada masalah kita selesaikan bersama,” ujarnya.

Sementara itu calon PN DUN Rim, Azalina Abdul Rahman berkata, pematuhan SOP Kementerian Kesihatan sentiasa menjadi keutamaan sepanjang operasi jentera di bilik gerakan dan pusat daerah mengundi (PDM).

“Walaupun dalam semangat pilihan raya, kita masih mematuhi SOP yang sangat ketat. Kita elak berkumpul dan jika perlu kita pastikan dalam kumpulan kecil, menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.—SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here