Diserang kecelaruan kebimbangan melampau, Maya Karin terlepas dua ‘job’ besar

0
619

PELAKON Maya Karin mendedahkan yang dia pernah mengalamai kecelaruan kebimbangan melampau (anxiety disoder) sebelum ini.

Disebabkan perkara tersebut, dia gagal mendapatkan watak ketika menghadiri ujibakat Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem Crazy Rich Asian beberapa tahun yang lalu.

“Saya masih ingat sesi ujibakat berkenaan kerana saya gagal melakukan yang terbaik kerana masalah anxiety. Waktu itu tangan saya menggigil dan berpeluh, memang teruk.

“Selepas lapan tahun saya kini sudah boleh mengawal anxiety tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada doktor,” jelasnya.

Maya mendedahkan perkara tersebut ketika sesi Instagram Live anjuran Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM) bersama penggiat seni semalam.

Sesi tersebut diadakan sempena meraikan Festival Filem Malaysia (FFM31) yang diadakan pada 10 Disember hadapan anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Tambah Maya, sesiapa sahaja yang mengalami masalah yang sama perlu bijak mengawal situasi dan mendapatkan rawatan untuk mengelakkan situasi lebih buruk berlaku.

Bercerita mengenai kehidupan peribadi pula, pelakon filem Ombak Rindu itu mendedahkan yang dia dihampiri beberapa orang lelaki sejak beberapa tahun lalu.

Ada yang cuba mengenali dengan lebih rapat termasuklah seorang lelaki dari Australia.

“Betul memang ada lelaki yang datang termasuk orang tempatan yang saya kenal. Cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.

“Lagipun sekarang ini saya terlibat dengan sebuah pementasan teater serta beberapa karya seni yang sedang saya fokus dan itu menjadi keutamaan saya,” katanya lagi.

Meskipun begitu, keutamaan Maya masih lagi bidang seni dan dia tidak terdesak untuk mencari calon suami mengisi kekosongan hati secara tergesa-gesa.

Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Itali, Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sebelum berceai talak satu pada tahun 2010.

Diserang kebimbangan melampau, Maya Karin terlepas dua job besar

Pelakon Maya Karin mendedahkan yang dia pernah mengalamai kebimbangan melampau (anxiety disoder) sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here