Bekas Presiden Korea Selatan meninggal dunia

0
234

BEKAS Presiden Korea Selatan, Chun Doo-hwan yang pernah menerima kritikan kerana merampas kuasa meninggal dunia pada Selasa.

Jeneral berusia 90 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di barat Seoul kira-kira 8.40 pagi selepas bertarung dengan penyakit kronik.

“Mayatnya akan dibawa ke Hospital Severance Seoul,” kata bekas setiausaha presiden Min Jeong-ki lapor Yonhap.

Bekas jeneral tentera itu berkuasa selepas melakukan rampasan kuasa tentera susulan pembunuhan Presiden Park Chung-hee pada 1979 dan memerintah Korea Selatan sehingga 1988.

Satu daripada peristiwa hitam sepanjang karier politiknya adalah kekerasan yang dilakukannya ketika pemberontakan sivil pro-demokrasi Gwangju pada 1980, mengakibatkan lebih 200 orang maut manakala 1,800 lagi cedera.

Doo-hwan dilahirkan dalam keluarga miskin di Hapcheon, selatan wilayah Gyeongsang  pada 23 Jan 1931. Beliau memasuki Akademi Tentera Korea pada 1951.

Pada 1996, Doo-hwan disabitkan dengan pengkhianatan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tetapi mendapat keampunan ketika pemerintahan Presiden Kim Young-sam.

Beliau meninggalkan seorang isteri, tiga anak lelaki dan seorang perempuan. – Bernama
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here