Adibah Nor, Aliff Aziz tepati ramalan sertai GV8

0
442

MENEPATI ramalan awal, beberapa nama yang dikaitkan sebelum ini sah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kelapan yang bakal bersiaran 21 November depan.

Antara nama awal yang disebut-sebut sebelum ini termasuklah Adibah Nor, Datuk Fazley Yaacob dan Aliff Aziz yang bakal bertanding dengan 10 orang peserta lain untuk musim kali ini.

Selain itu nama-nama lain yang bakal menyertai terdiri daripada Aweera, Azan Sdcan, Shidee, Bandi Amuk, kumpulan Nico serta penampilan Saiful Apek & Yassin (Senario).

Manakala, peserta perempuan pula terdiri daripada Ani Mayuni, Suki Low, Nikki Palikat dan seorang peserta dari Indonesia, Upiak Isil diumumkan menerusi sidang media di Bangsar South City, pada Selasa.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad memberitahu populariti dan kredibiliti jenama GV kini yang semakin matang.

Aliff Aziz

Katanya, matlamat utama Astro adalah untuk menyediakan platform penjenamaan semula bagi para penghibur berpengalaman yang pernah merasai era kegemilangan.

“Persaingan 13 bintang dari tiga negara serumpun anatara tarikan utama GV8 pada kali ini. Selain itu kami juga melantik tiga juri tetap yang memiliki reputasi luar biasa dan cukup disegani.

“Ketiga-tiga mereka akan turut ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap minggu yang menjadikan proses penjurian musim ini lebih sukar dan mencabar,” katanya.

Konsert GV8 akan bersiaran setiap Ahad, selama 10 minggu bermula 21 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) pada Ahad, 9 malam.

GV kali ini masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos manakala Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap di samping Datuk Ramli MS dan Ibu Hetty.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV8).

Adibah Nor, Aliff Aziz tepati ramalan sertai GV8

Menepati ramalan awal, beberapa nama yang dikaitkan sebelum ini sah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kelapan yang bakal bersiaran 21 November depan.

Antara nama awal yang disebut-sebut sebelum ini termasuklah Adibah Nor, Datuk Fazley Yaacob dan Aliff Aziz yang bakal bertanding dengan 10 orang peserta lain untuk musim kali ini.

Selain itu nama-nama lain yang bakal menyertai terdiri daripada Aweera, Azan Sdcan, Shidee, Bandi Amuk, kumpulan Nico serta penampilan Saiful Apek & Yassin (Senario).

Manakala, peserta perempuan pula terdiri daripada Ani Mayuni, Suki Low, Nikki Palikat dan seorang peserta dari Indonesia, Upiak Isil diumumkan menerusi sidang media di Bangsar South City, pada Selasa.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad memberitahu populariti dan kredibiliti jenama GV kini yang semakin matang.

Katanya, matlamat utama Astro adalah untuk menyediakan platform penjenamaan semula bagi para penghibur berpengalaman yang pernah merasai era kegemilangan.

“Persaingan 13 bintang dari tiga negara serumpun anatara tarikan utama GV8 pada kali ini. Selain itu kami juga melantik tiga juri tetap yang memiliki reputasi luar biasa dan cukup disegani.

“Ketiga-tiga mereka akan turut ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap minggu yang menjadikan proses penjurian musim ini lebih sukar dan mencabar,” katanya.

Konsert GV8 akan bersiaran setiap Ahad, selama 10 minggu bermula 21 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) pada Ahad, 9 malam.

GV kali ini masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos manakala Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap di samping Datuk Ramli MS dan Ibu Hetty.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV8).


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here