Category: Video Pilihan
-
[VIDEO] 12 lelaki ditahan bergaduh di Lebuh Farquhar, Georgetown
POLIS menahan 12 lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki di kawasan Lebuh Farquhar, Georgetown, Pulau Pinang. Difahamkan, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira 12.35 tengah malam semalam sebelum sepasukan polis bertindak ke lokasi tersebut. Berdasarkan siasatan awal polis, beberapa lelaki dipercayai minum di sebuah restoran di situ dan kemudiannya…
-
[VIDEO] Bangunan lapan tingkat runtuh akibat hujan lebat
SEBUAH bangunan lapan tingkat runtuh di Himachal Pradesh, India, pada Khamis, dipercayai akibat tanah runtuh susulan hujan lebat di kawasan tersebut, kata Pengarah Pengurusan Bencana Himachal Pradesh, Sudesh Kumar Mokhta pada Jumaat. Katanya, runtuhan tersebut turut menyebabkan kemusnahan kepada dua bangunan berdekatan serta membahayakan beberapa bangunan lain di sekitar kawasan tersebut, termasuk sebuah hotel. Bagaimanapun…
-
[VIDEO] Petugas kesihatan tersalah ambil picagari kosong – Noor Azmi
VIDEO tular mengenai proses vaksinasi membabitkan seorang remaja berusia 12 tahun dikenal pasti berpunca akibat petugas kesihatan tersalah ambil picagari kosong. Siasatan awal dilakukan ProtectHealth mendapati, kejadian itu berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, pada Rabu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata,…
-
[VIDEO] Lagu terbitan PERKESO diiktiraf di peringkat antarabangsa
DIAM tak diam, lagu tempatan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dinobatkan sebagai pemenang kategori ‘Music is Key” pada International Media Festival for Prevention di Toronto, Kanada, minggu ini. Festival media setiap tiga tahun itu bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada filem dan hasil multimedia yang bertemakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tahun ini, PERKESO memutuskan…
-
[VIDEO] Pahlawan negara, Jantan Baba meninggal dunia
BEKAS anggota keselamatan yang pernah membunuh tujuh anggota komunis pada 1951, Jantan Baba, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Alor Gajah, Melaka, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam. Cucu saudaranya, Abd Majid Ibrahim, 58, mengesahkan Allahyarham yang juga Ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Isalam Kampung Melaka…
-
[VIDEO] Raduan Emeari gigih cari rezeki sara keluarga
BEKAS jaguh olahraga para negara, Mohd Raduan Emeari masih kekalkan dirinya relevan dalam arena sukan Malaysia. Selepas empat tahun bersara, dia pulang ke kampung halamannya di Kuala Selangor untuk bekerja selain dilantik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai penolong jurulatih separuh masa untuk skuad olahraga para Selangor. Menurut Raduan, walaupun beliau merupakan jurulatih separuh masa,…
-
[VIDEO] 111 tapir mati dilanggar ketika melintas jalan
SETIAP tahun, hampir 20 ekor spesis haiwan terancam, Tapir atau nama saintifiknya, Tapirus Indicus mati akibat dilanggar kenderaan di jalan raya. Sepanjang tempoh lima tahun sejak 2015 hingga 2020, sebanyak 92 ekor tapir mati akibat kemalangan jalan raya sekaligus mencetuskan kebimbangan mengenai populasi haiwan ini. Pembangunan pesat, pencerobohan habibat asal serta pembukaan kawasan perumahan menjadi…
-
[VIDEO] Peranan GLC, GLIC perlu dinilai semula demi mantapkan pemulihan ekonomi – Muhyiddin
PERANAN syarikat-syarikat berkaitan kerajaan – GLC dan GLIC – perlu dinilai semula agar aset-aset kerajaan yang ada dapat dioptimumkan untuk membantu mengukuhkan infrastruktur negara bagi memantapkan proses pemulihan dan pertumbuhan ekonomi selanjutnya. Ketika menegaskan perkara itu Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, GLC diminta supaya tidak bersaing dengan sektor swasta demi…
-
[VIDEO] Jangan jadi bodoh: pesan ibu buat jaguh paralimpik
JIKA dilihat sejarah hidupnya, tiada siapa percaya Mohd Raduan Emeari akan bergelar jaguh pecut paralimpik negara, yang kerap mengibarkan jalur gemilang di pentas dunia. Hanya seorang insan, Normah Hassan, 65, yang percaya dan cukup yakin Raduan sebenarnya anak istimewa, lebih baik daripada orang lain yang sebaya. Sejak dilahirkan pada 20 Mei 1982 sehinggalah usianya mencecah…
-
[VIDEO] Ramai tertipu selama ni, ingatkan makanan betul
SETIAP kali menonton drama di televisyen, pasti kita perasan akan ada hidangan yang semestinya nampak sedap dan buat kita terliur tapi tahukah anda, boleh dikatakan setiap makanan yang digunakan dalam drama adalah palsu dan ianya merupakan ‘prop’ lakonan semata-mata. Menerusi perkongsian Tiktok dari @srsuperrocket1, dapat dilihat Fimie Don yang merupakan seorang pelakon telah mencampakkan sepotong…