[VIDEO] Raduan Emeari gigih cari rezeki sara keluarga

0
380

BEKAS jaguh olahraga para negara, Mohd Raduan Emeari masih kekalkan dirinya relevan dalam arena sukan Malaysia.

Selepas empat tahun bersara, dia pulang ke kampung halamannya di Kuala Selangor untuk bekerja selain dilantik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai penolong jurulatih separuh masa untuk skuad olahraga para Selangor.

Menurut Raduan, walaupun beliau merupakan jurulatih separuh masa, beliau bersedia untuk menjadi jurulatih sepenuh masa dan berbakti buat negara jika ditawarkan oleh MSN.

“Sebelum ini ada MSN tawarkan saya jadi jurulatih, tapi saya tolak, nak sara keluarga, ayah saya sakit.

“MSN tawar saya jurulatih separuh masa, saya jadi pembantu jurulatih untuk Selangor, MSN yang bayar gaji saya, sepenuh masa MSN tak tawarkan lagi, mak saya pun sakit, saya kena jaga.

“Kalau saya kerja dekat sini, boleh jaga mak, tempat kerja saya pun dekat dengan rumah,” katanya ketika ditemui SatuBerita.

Namun begitu, menurut Raduan, beliau bersedia jika dipanggil MSN untuk menjadi jurulatih sepenuh masa.

Tambah Raduan, bayaran gaji yang diterima sebagai jurulatih separuh masa adalah RM350.

“InsyaAllah saya pergi kalau MSN tawarkan saya sepenuh masa, tapi setakat ni belum ada, dah hampir 2 tahun saya jurulatih separuh masa,” katanya ketika ditemui SatuBerita.

“Jurulatih sepenuh masa lebih kurang RM1800, part-time mereka bayar RM350,” ujarnya.

Selain menjadi jurulatih separuh masa di MSN, dalam masa terluang, Raduan juga melatih seorang kanak-kanak OKU di Kampung Bukit Belimbing.

“Hari Ahad saya buat dekat sini, dekat Kampung Bukit Belimbing, ada seorang budak OKU, atlet Selangor juga, saya punya anak murid.

“Dekat sini (Kuala Selangor) saya ajar acara balingan, dekat sana (Kuala Lumpur) saya ajar lari 100m, balapan,” katanya.

Dalam pada itu, Raduan juga bekerja di BHPetrol (BHP) Kuala Selangor untuk mencari pendapatan lebih buat keluarganya dan memberi nafkah kepada anak perempuannya, Nur Jannah Umairah, 3, yang kini tinggal dengan bekas isterinya.

“Saya pun bekerja di BHP, setahun saya berehat, lepastu saya meniaga, saya pun fikir cari kerja sendiri, hampir 3 tahun saya bekerja di BHP. 

“BHP bayar gaji OK, lagipun saya senang dapat cuti, kalau cuti tolak gaji, manager sporting, bos pun sporting.

“Saya sebenarnya dah berkahwin, tapi dah bercerai, tiada jodoh, anak duduk dengan bekas isteri saya di Banting,” ujarnya.

Dalam waktu kegemilangannya, Raduan pernah meraih lima pingat emas dalam Sukan Para ASEAN di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 2008.

Ikuti temubual menyentuh hati SatuBerita bersama ibu Raduan, Normah Hassan di pautan ini: https://satuberita.my/index.php/2021/09/30/video-jangan-jadi-bodoh-pesan-ibu-buat-jaguh-paralimpik/. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here