[VIDEO] 12 lelaki ditahan bergaduh di Lebuh Farquhar, Georgetown

0
349

POLIS menahan 12 lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki di kawasan Lebuh Farquhar, Georgetown, Pulau Pinang.

Difahamkan, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira 12.35 tengah malam semalam sebelum sepasukan polis bertindak ke lokasi tersebut.

Berdasarkan siasatan awal polis, beberapa lelaki dipercayai minum di sebuah restoran di situ dan kemudiannya timbul perselisihan faham yang berlarutan sehingga berlaku pergaduhan di luar premis makanan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kesemua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini semalam.

Beliau berkata kesemua mereka direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, tular menerusi media sosial satu video berdurasi seminit memaparkan dua kumpulan membabitkan lebih 20 lelaki dengan ada yang bersenjatakan tukul besi bergaduh di kawasan Lebuh Farquhar.

Berdasarkan rakaman itu, ada yang mendakwa kumpulan tersebut mabuk selepas minum minuman keras di restoran di situ sebelum berlaku perselisihan faham dan pergaduhan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here