[VIDEO] Ramai tertipu selama ni, ingatkan makanan betul

0
303

SETIAP kali menonton drama di televisyen, pasti kita perasan akan ada hidangan yang semestinya nampak sedap dan buat kita terliur tapi tahukah anda, boleh dikatakan setiap makanan yang digunakan dalam drama adalah palsu dan ianya merupakan ‘prop’ lakonan semata-mata.

Menerusi perkongsian Tiktok dari @srsuperrocket1, dapat dilihat Fimie Don yang merupakan seorang pelakon telah mencampakkan sepotong kek yang dihidang diatas meja dan apa yang mengejutkan adalah kek itu sebenarnya palsu.

Fimie juga sempat berkata dalam video tersebut bahawa inilah realiti dunia lakonan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut kerana baru tahu bahawa ‘prop’ makanan dalam drama adalah palsu.

“Aku telah ditipu selama 21 tahun,” kata Van Kelvin.

“Hari ni baru aku tahu makanan pun berlakon juga,” kata Cira. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here