Tak boleh elak jentera luar, calon PN sokong kempen berhemah

0
166

CALON Perikatan Nasional (PN) PRK DUN Simpang Jeram Dr Mohd Mazri Yahya akur saranan supaya kempen dijalankan secara berhemah dan tertib.

Mazri berkata pihaknya menyahut seruan Menteri Besar Johor Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi itu demi perpaduan rakyat di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, pembabitan jentera luar negeri tidak dapat dielakkan kerana ia adalah lumrah bagi setiap kali PRK atau PRN.

“Dalam mana-mana pilihan raya sekali pun, memang begitulah sama ada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan PN, perkara sama tetap akan dilalui.

“Menariknya kerana kita baru selesai mengadakan PRN di enam negeri dan hanya dua sahaja PRK (Pulai dan Simpang Jeram Pulai), jadi jentera pasti tertumpu di Johor,” katanya menurut Berita Harian pada ceramah di Bakri malam tadi.

Mazri akan berdepan Nazri Abdul Rahman yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan calon bebas S Jeganathan.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang kerusi Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Jul lalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here