Wanita Orang Asli maut dipijak gajah

0
141

SEORANG wanita Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah liar dalam kejadian di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di Gerik pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Zaitun dikatakan diserang haiwan liar berkenaan ketika berada di belakang rumahnya.

Difahamkan, mangsa dijumpai penduduk dalam keadaan parah namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menerima rawatan di klinik kesihatan berhampiran.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi memaklumkan siasatan sedang dijalankan, lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here