Tag: gajah
-
Wanita Orang Asli maut dipijak gajah
SEORANG wanita Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah liar dalam kejadian di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di Gerik pada Ahad. Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Zaitun dikatakan diserang haiwan liar berkenaan ketika berada di belakang rumahnya. Difahamkan, mangsa dijumpai penduduk dalam keadaan parah namun disahkan meninggal dunia…
-
Sekolah Orang Asli rosak teruk diserang sekumpulan gajah
BANGUNAN dan beberapa kelengkapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Perwor dekat Lasah di Sungai Siput mengalami kerosakan teruk selepas diserang sekumpulan gajah liar dalam kejadian Khamis lalu. Serangan sekitar jam 2 pagi itu mengakibatkan kerosakan di bahagian tingkap kelas pra sekolah dengan jeriji besi bengkok dan cermin pecah. Kelengkapan dapur milik kelas itu turut musnah selain…
-
Penduduk kampung dakwa gajah kopak dinding rumah
MASYARAKAT Orang Asli di Pos Brooke, di Gua Musang mendakwa gajah liar yang berkeliaran berhampiran penempatan itu semakin berani datang hampir ke kediaman penduduk. Seorang penduduk, Rengil Rajis Angah, 48, berkata minggu lepas seekor gajah bergading masuk ke kampung dan merosakkan dinding sebuah rumah di Kampung Liak. “Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi apabila gajah mengopak dinding rumah dan menarik keluar…
-
Peneroka felda tertekan tanaman sawit musnah diserang gajah
PENEROKA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di daerah ini, khususnya di Bukit Tongkat dan Ulu Belitong tertekan apabila tanaman kelapa sawit yang menjadi sumber pendapatan utama mereka musnah akibat serangan gajah. Seorang peneroka di Felda Bukit Tongkat, Mohd Isa Murah, 63, mendakwa serangan haiwan liar itu di kawasan ladang pertanian Felda kerap berlaku sejak awal…
-
Kemunculan dua ekor gajah cetus kebimbangan penduduk
KEMUNCULAN dua ekor gajah di Taman Perdana, Jasin, malam tadi, mencetuskan kebimbangan kira-kira 2,000 penduduk berhampiran. Warga emas M Pavayee Ammah, 83, berkata beliau menyedari kehadiran gajah dewasa dan anak gajah itu setelah mendengar bunyi bising seolah-olah bunyi rempuhan di luar kediamannya. Katanya, beliau melihat di balik pintu dan ternampak dua ekor gajah telah merempuh…
-
Gajah pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang
TIGA pekerja ladang berdepan detik cemas apabila seekor gajah liar bergading bertindak merosakkan dan memecahkan tingkap kaca bahagian dapur rumah mereka di Aring 8, di Gua Musang pada 4 pagi Ahad lepas. Penyelia ladang Mohd Khairul Faiza Muhammad Din berkata kejadian terbaharu itu merupakan serangan kedua dihadapi mereka selepas kali pertama berlaku pada Rabu lepas (4 Jan). “Kali…
-
Petugas maut diserang gajah di Taman Hidupan Liar Sabah
SEORANG petugas di Taman Hidupan Liar, Lok Kawi, Sabah maut akibat diserang gajah pygmy pada 8.30 pagi Ahad. Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 49 tahun itu yang difahamkan parah di bahagian perut dan dada, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, iaitu kandang pameran gajah. Ketua Polis Daerah Penampang, Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati…
-
Gajah sesat masuk kawasan Penjara Kluang
JABATAN PERHILITAN Johor mengesahkan, kejadian seekor gajah dipercayai tersesat dan memasuki kawasan Penjara Kluang di sini. Pengarahnya, Aminuddin Jamin, berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada pihak Penjara Kluang pada 10 malam Isnin lalu, sebelum tiga petugas jabatan itu bergegas ke lokasi. Beliau berkata, gajah dewasa itu dipercayai terpisah daripada kumpulannya yang dikenali sebagai ‘Grup Tenang’,…
-
Gajah berkeliaran sekitar Taman Sri Impian Kluang sudah dihalau ke habitat asal
JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan ada mengesan lebih 10 ekor gajah liar berkeliaran di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, baru-baru ini. Pengarah Perhilitan Johor Aminuddin Jamin berkata bagaimanapun pihaknya telahpun mengambil tindakan segera dengan menghalau semula kumpulan haiwan itu kembali ke habitat asalnya. Beliau berkata pemantauan secara berterusan turut dijalankan…
-
Anak gajah hilang pergelangan kaki terkena jerat manusia tidak bertanggungjawab
SEEKOR anak gajah kehilangan pergelangan kaki kanan yang terpaksa dipotong akibat cedera parah terkena jerat tali dipasang manusia tidak bertanggungjawab, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin. Beliau berkata Jabatan Hidupan Liar Sabah menerima maklumat daripada orang awam mengenai keadaan anak gajah itu di FELDA Sahabat 5, Tungku dekat sini pada Sabtu lepas dan pasukan penyelamat…