Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Gajah sesat masuk kawasan Penjara Kluang -

Gajah sesat masuk kawasan Penjara Kluang

 JABATAN PERHILITAN Johor mengesahkan, kejadian seekor gajah dipercayai tersesat dan memasuki kawasan Penjara Kluang di sini.

Pengarahnya, Aminuddin Jamin, berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada pihak Penjara Kluang pada 10 malam Isnin lalu, sebelum tiga petugas jabatan itu bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, gajah dewasa itu dipercayai terpisah daripada kumpulannya yang dikenali sebagai ‘Grup Tenang’, yang mengandungi kira-kira 15 ekor.

Menurut Aminuddin, susulan itu, pihaknya menghalau gajah tersebut dengan menggunakan kaedah ‘tembak dan halau’ serta mengiringinya hingga ke kawasan selamat.

“Kita ambil tindakan dengan menembak ke udara beberapa kali menuju hutan berhampiran iaitu Hutan Gunung Lambak.

“Seterusnya, PERHILITAN akan melakukan pemantauan berterusan dan kawalan di lokasi sehingga keadaan benar-benar selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kejadian gajah memasuki kawasan penjara di negeri ini adalah kali pertama berlaku.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan provokasi terhadap gajah sekiranya bertembung dan berhubung dengan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA