Anwar dituntut buktikan dakwaan PN terima dana judi

0
117

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut mengemukakan bukti dakwaan beliau bahawa parti Perikatan Nasional (PN) menerima dana judi, demikian gesa Ketua Pemuda PN Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari  

Beliau membidas Anwar yang masih mengulangi tuduhan sama walaupun sudah tiga kali pertanyaannya dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen menunjukkan tiada bukti dapat ditampilkan serta tiada siasatan dilakukan.

Malah menurutnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, dalam dua soalan bertulis dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan tiada sebarang bukti dan siasatan dilakukan atas dakwaan tersebut. 

“PMX mencabar supaya kami menyaman beliau. Kamu bukannya cybertrooper kelas bawahan. Kamu seorang Perdana Menteri. Sebagai seorang Perdana Menteri, kenapa tidak datangkan bukti terus, dedahkan.

“Buat pendedahan supaya rakyat boleh melihat. Buat apa nak mencabar PN. Membuang masa untuk menyaman sudahlah kami mempunyai rakyat untuk disantuni untuk diperhatikan nasib mereka, tiba-tiba sibuk pula nak menyaman orang? 

“(Ia) memerlukan perbelanjaan, masa mahkamah, turun naik dan sebagainya, entah berapa tahun boleh selesai? Kenapa tidak Perdana Menteri sendiri buat pendedahan, sebut bentangkan biar rakyat boleh menilai. 

“Kenapa sibuk nak cabar kami supaya saman, kami banyak kerja nak buat, bukan macam Perdana Menteri banyak masa kosong boleh naik helikopter ke sana ke mari,” tempelak beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Malaysia, lapor HarakahDaily.

Menurut Ahmad Fadhli, tindakan Anwar memainkan persepsi tersebut adalah kerana menghadapi PRN 6 negeri tidak lama lagi setelah tuduhan pertama dibuat menjelang PRK Padang Serai pada Disember lalu gagal mempengaruhi rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here