MUDA gerak solo pada PRN sia-sia – Mahathir

0
169

BEKAS perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Muda ingin bertanding pilihan raya di enam negeri secara sendirian ‘sia-sia’ jika tidak membantu membentuk kerajaan.

Beliau berkata sepatutnya calon yang bertanding dalam PRN mestilah boleh menang untuk membantu membentuk kerajaan.

“Jika kamu ingin bertanding secara sendirian pada beberapa kerusi pada PRN, apa kamu boleh buat dengan kerusi itu?”

“Kamu mesti dalam kerajaan. Perhatian kita adalah untuk menang dan menjadi kerajaan.” katanya pada sidang media di sebuah hotel, lapor FMT.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Isnin berkata Muda akan menyertai PRN tidak lama lagi secara sendirian. Perkembangan ini bererti parti itu akan bertembung Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, walaupun Muda menyokong kerajaan perpaduan.

Muda sebelum ini memohon menyertai PH namun gabungan itu belum memberi sebarang maklum balas. Syed Saddiq berkata cubaan untuk bekerjasama dengan PH tidak dihiraukan.

Setiausaha Agung Muda Amir Hariri Abd Hadi semalam mendakwa pentadbiran Anwar Ibrahim mengabaikan reformasi institusi dan pembangkang bermain sentimen sebagai sebab ia akan menentang semua parti pada PRN akan datang.

Dalam pada itu, Mahathir mengesahkan tidak akan bertanding pada PRN kali ini. Beliau bagaimanapun akan aktif menyokong pergerakan Melayu, katanya.

“Objektif saya untuk orang Melayu bukan untuk menjadi perdana menteri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here