Walau apa terjadi kami tetap teguh bersama abah”- Perwakilan Srikandi

0
267

“MESKIPUN pelbagai tomahan dan fitnah dilemparkan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ia tidak mematahkan semangat pewakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) untuk terus bersatu hati.

Ini terbukti apabila Dewan Wawasan di Menara PGRM Cheras, dipenuhi hampir 1,000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Bagi Shahira Rabuan,34, biarpun banyak kata fitnah dilemparkan dia tetap tidak percaya dan menganggap ia adalah fitnah pihak lawan.

“Dahulu saya tidak minat politik tetapi sejak menyertai Bersatu dan buat banyak kerja amal saya dapat lihat integriti yang ada pada Tan Sri Muhyiddin.

“Katalah apa pun saya tidak percaya dan kami sebagai perwakilan tetap teguh berdiri di belakang bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Puan Maiza Muhayddin, 47

Bagi Maiza Muhayddin, 47, walau terpaksa melalui perjalanan selama lapan jam dari Gua Musang, Kelantan untuk menyertai PAT dia tidak kisah kerana semangat juang yang tinggi dalam dirinya.

“Saya tidak pernah ketinggalan menyertai PAT sebagai pewakilan. Ini adalah kali kelima saya menyertainya cuma kali ini situasi agak sedikit berbeza.“

“Tapi walau apa pun yang cuba dilakukan pihak lawan untuk menjatuhkan Tan Sri kita masih ada Allah. Selagi tiada bukti, selagi itu kita tidak boleh percaya,” katanya.

Shahira Rabuan, 34

Bagi Syaqirah Muin, 47, fitnah yang sengaja diadakan oleh pihak lawan semata-mata untuk melemahkan parti apatah lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.

“Memang kami sedih dengan apa yang berlaku tapi perkara ini tidak akan melemahkan semangat kami untuk terus berjuang dan berdiri teguh bersama Tan Sri,” katanya. -SB

Syaqirah Muin, 47

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here