Barisan peguam bela Muhyiddin

0
970

TAN Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa atas enam pertuduhan pada Jumaat akan diwakili barisan peguam diketuai peguam kanan berpengalaman, Datuk K. Kumaraendran.

Selain itu turut menganggotai pasukan peguam  yang akan membela Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ialah peguam Datuk Rosli Dahlan, Datuk Takiyuddin Hassan, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Mohamad Isa Mohamad Basir, Teh See Khoon dan Varsha Chelvi.

Berikut fakta ringkas latar belakang peguam berkenaan hasil carian di beberapa laman web berkaitan bidang guaman negara.

DATUK K. KUMARAENDRAN
Pengasas bersama firma guaman Kumar & Co., Datuk K. Kumaraendran yang memiliki pengalaman lebih 50 tahun dalam bidang perundangan negara dikenali sebagai pakar dan bidang Indang-undang jenayah.

Lebih khusus, ia berkaitan jenayah kolar putih dan jenayah pembunuhan, pengedaran dadah dan penculikan.

Antara kes berprofail tinggi yang pernah dikendalikannya ialah kes bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor yang didakwa mencederakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim; kes bunuh membabitkan Peguam Kanan Datuk Balwant Singh dan Kenneth Lee (anak kepada Tun H.S Lee), kes membabitkan bekas Ketua Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar dan bekas Timbalan Ketua Menteri (2) Sabah, Datuk Bung Moktar Radin.

Dihormati sebagai seorang peguam kanan, Kumaraendran mengganggotai pertubuhan berkaitan profesion guaman termasuk sebagai
Ahli kanan Majlis Peguam Pulau Pinang.

Beliau juga pernah dilantik Pengerusi Lembaga Disiplin Majlis Peguam Malaysia bagi mengendalikan kes amalan tidak betul dalam kalangan peguam.

DATUK K. KUMARAENDRAN

DATUK ROSLI DAHLAN

Dengan pengalaman lebih 30 tahun mengendalikan kes awam dan komersial, peguam Datuk Rosli Dahlan diketahui pakar dalam dalam undang-undang sivil dan shariah.

Miliki jaringan hubungan antarabangsa yang luas membolehkannya menyelesaikan kes rentas sempadan termasuk kejayaan membebaskan tahanan Malaysia di luar negara.

Banyak memenangi kes membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa dan agensi kerajaan termasuk berkaitan pemilikan tanah, hak asasi, pengusiran salah, kebebasan asasi dan salah guna undang-undang.

Pernah mengendalikan kes termasuk mewakili sebuah parti berdepan tindakan pengharaman Jabatan Pertubuhan (RoS), menentang kes berkaitan LHDN merampas aset peribadi di bawah Akta Penggubahan Wang Haram.

DATUK ROSLI DAHLAN

DATUK TAKIYUDDIN HASSAN

Selain dikenali sebagai ahli politik, Datuk Takiyuddin Hassan merupakan seorang peguam bertauliah dan banyak memainkan peranan utama dalam memberikan khidmat nasihat guaman kepada PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

Banyak hal- hal yang berkaitan dengan kes- kes mahkamah yang melibatkan parti dan kerajaan negeri berjaya diselesaikan seperti kes petisyen pilihan raya 2004 yang sebelumnya kelihatan amat rumit dan membimbangkan banyak pihak.

DATUK TAKIYUDDIN HASSAN

DEV KUMARAENDRAN


Dev Kumaraendran mengkhusus dalam undang-undang jenayah, awam, muflis dan perbankan.  Beliau juga banyak memberi nasihat perundangan dalam bidang teknologi termasuk keselamatan siber dan kecerdasan buatan (AI).

Antara kes pernah berprofail tinggi dikendalikan termasuk kes pakar bius dituduh membunuh menantu seorang kenamaan ketika mendapatkan rawatan pergigian dan kes pakar sakit puan dituduh menyebabkan kematian pesakit susulan daripada prosedur menggugurkan kandungan.

DEV KUMARAENDRAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here