‘Saya tidak tunduk, tidak patah semangat, tidak kecewa’ – Khairy

0
237

BEKAS ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dipecat daripada parti malam tadi berkata, beliau sesekali tidak akan tunduk, patah semangat dan tidak kecewa dengan keputusan itu.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed (tak tunduk), unbent (patah semangat), unbroken (tak kecewa),” katanya di Twitter.

Terdahulu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Menara Dato Onn malam ini memutuskan untuk memecat Khairy dan bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar.

Setiausaha Agung Ahmad Maslan dalam kenyataan berkata mereka “dipecat daripada Umno atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu PRU15”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here