Zahid pecat Noh Omar selepas tolak penggantungan

0
142

MAJLIS Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan Presiden Ahmad Zahid Hamidi memecat Noh Omar, kata bekas pengerusi badan perhubungan Umno Selangor itu kepada pemberita hari ini selepas keluar daripada mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu malam ini. 

Difahamkan, Noh, salah seorang daripada lima pemimpin kanan Umno dimasukkan dalam senarai digantung atau dipecat kerana mengkritik Zahid.

Noh pada mulanya digantung enam tahun bersama bekas ketua penerangan Shahril Hamdan. 

Noh sendiri mengesahkan perkara itu apabila beliau keluar daripada mesyuarat MT malam ini.

“Bila diumum saya digantung, jangan gantung, pecat lebih baik. Untuk apa saya berada dalam perjuangan parti, untuk apa saya duduk dalam parti yang saya berkorban sejak 1976? Saya berkorban untuk parti tapi nampaknya hari ini gunakan parti untuk kepentingan peribadi.”

Menurut Noh, Zahid bersetuju dengan permintaannya untuk dipecat. 

“Saya ucap, terima kasih,” katanya sambil menambah beliau masih belum hadir ke lembaga disiplin parti yang dijadualkan Isnin ini.

“Tetapi saya sudah digantung hari ini. Apa ini?” soalnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here