Pelakon ditahan pandu melulu sehingga kekasih tercampak keluar dari kenderaan

0
388

GARA-gara perselisihan faham,  seorang pelakon lelaki ditahan selepas memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kekasihnya tercampak keluar dari kenderaan dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu bagaimanapun tular selepas dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain yang melalui lebuh raya sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan mendapati kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu suspek dengan tiba-tiba menukar lorong secara melulu.

Katanya, kenderaan dipandu pelakon tersebut kemudiannya hilang kawalan dan melanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova.

“Susulan pelanggaran tersebut mengakibatkan kekasih suspek yang merupakan wanita tempatan berumur 25 tahun tercampak keluar.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Farouk, siasatan juga mendapati berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa ketika kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”jelasnya lapor Utusan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here