Tag: MPV
-
Tiga lelaki maut termasuk dua rentung dalam kemalangan di Segamat
TIGA lelaki maut termasuk dua rentung manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan Kampung Kwongsai, dekat Segamat, petang semalam. Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zairy Marinsah berkata ketika kejadian pada pukul 6.30 petang itu kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Sienta dan kenderaan jenis Mercedes Benz. “Pemandu…
-
Wanita menangis atas jambatan
TINDAKAN pantas orang awam berjaya memujuk seorang wanita dalam keadaan menangis di atas Jambatan Wawasan, Presint 2, Putrajaya, semalam. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya mengesan satu hantaran TikTok menerusi akaun Edywoo mengenai seorang wanita berada di atas jambatan itu dalam keadaan menangis dan mencurigakan, semalam. “Bertindak atas maklumat…
-
Pelakon ditahan pandu melulu sehingga kekasih tercampak keluar dari kenderaan
GARA-gara perselisihan faham, seorang pelakon lelaki ditahan selepas memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kekasihnya tercampak keluar dari kenderaan dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat sini kelmarin. Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu bagaimanapun tular selepas dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain yang melalui lebuh raya sama. Ketua Polis…
-
Tragedi Deepavali: Kanak-kanak maut, dua parah dalam nahas di Gelang Patah
SEORANG kanak-kanak maut manakala dua parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Ismail Sultan, East Ledang, Gelang Patah dekat sini pada malam Selasa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazran Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.44 malam. “Seramai tujuh…
-
Polis tahan lelaki duduk atas bumbung Vellfire
Lelaki yang duduk di atas bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipandu ketika bersiar-siar di pulau ini minggu lalu ditahan polis kelmarin. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata suspek warga tempatan berusia 25 tahun itu ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, pada jam 7 malam.…
-
Lelaki maut, MPV terbabas hempap bumbung rumah
SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan menghempap bumbung sebuah rumah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching-Serian, Sarawak, pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Serian, Bilong Usat, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 6.55 pagi tadi itu membabitkan mangsa berusia 50-an yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota…
-
Lima beranak cemas MPV dihanyutkan arus banjir
Lima sekeluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Dingkir Inas Kuala Pilah, pada petang Isnin. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Abdul Halim Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.36 petang dan tiba di lokasi…
-
Bapa remaja langgar pemotong rumput disaman
BAPA kepada remaja berusia 16 tahun yang bersalah merempuh dua pemotong rumput hingga menyebabkan kematian Sabtu lalu, telah disaman. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, saman itu dikeluarkan pihak polis kepada bapa remaja bawah umur yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) sehingga melanggar dua pemotong rumput warganegaara Myanmar, 7 Mei…
-
Hukuman berat menanti pemandu, pemilik MPV rempuh pemotong rumput
HUKUMAN berat mengikut Akta Pengangkutan Jalan boleh dikenakan kepada sesiapa yang membenarkan anak atau remaja tidak cukup umur memandu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. “Bukan sahaja terhadap pemandu bahkan pemilik kenderaan juga akan dikenakan tindakan paling berat kerana kecuaian dan menyebabkan kecederaan mana-mana pihak. “Sesiapa yang disabit kesalahan ini boleh diambil tindakan keras, sebab…
-
Remaja tiada lesen pandu MPV tanpa pengetahuan bapa rempuh pemotong rumput
REMAJA bawah umur pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh dua pemotong rumput hingga menyebabkan seorang maut di Jalan Pintasan Semeling, Sungai Petani, Kedah, semalam dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada remaja lelaki berusia 16 tahun itu untuk melengkapkan…