Radzi arah KSU KPM lapor SPRM siasat dakwaan Zaharin

0
293

MENTERI Pendidikan Datuk Dr.Radzi Jidin mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian itu untuk membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan bekas ahli UMNO, Zaharin Yassin berlaku penyelewengan dalam kontrak bekalan makan serta kebersihan bangunan serta kawasan.

Dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini, Radzi berkata, memandangkan Zaharin mendakwa menerima aduan berhubung perkara itu dan menyebut nama beliau, Radzi mahu siasatan dijalankan segera.

‘Saya menerima hantaran video yang dibuat oleh Saudara Zaharin Yassin menyatakan bahawa terdapat aduan yang beliau terima tentang penyelewengan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan Surat Setuju Terima (SST) untuk kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan.

‘’Memandangkan nama saya dan KSU KPM turut disentuh, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha KPM untuk membuat laporan segera kepada SPRM supaya siasatan terhadap dakwaan tersebut dilaksanakan secepat mungkin. Saya juga berharap Saudara Zaharin dapat menyampaikan maklumat yang diterima beliau kepada SPRM,’’ katanya, lapor WartaRakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here