Senarai pemenang Ballon d’Or ‘bocor’

0
663

SENARAI pemenang Ballon d’Or ‘bocor’ selepas majlis anugerah berprestij itu yang dijadualkan berlangsung tengah malam ini, didakwa menjadi milik Karim Benzema.

Penyerang berusia 34 tahun itu berada pada prestasi terbaiknya musim lalu – membantu Real Madrid memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara.

Benzema juga menjadi penjaring terbanyak dalam dua pertandingan itu dengan 27 jaringan di Sepanyol serta 15 gol di Eropah.

Akhbar Sepanyol, Marca mendakwa Benzema mengetepikan cabaran Sadio Mane, Robert Lewandowski dan Kylian Mbappe untuk menggondol anugerah terbabit.

Penyerang Barcelona, Lewandowski pasti kecewa terlepas anugerah itu selepas dia menjadi calon utama memenangi trofi itu pada 2020 sebelum dibatalkan.

Edisi tahun lalu dimenangi Lionel Messi yang membantu Argentina menjulang Copa America.

Benzema mengikut jejak langkah Cristiano, Fabio Cannavaro, Ronaldo, Luis Figo, Alfredi Di Stefano, Raymond Kopa serta rakan sepasukannya ketika ini, Luka Modric.

Thibaut Courtois pula dikatakan memenangi anugerah Yashin yang diberikan kepada penjaga gol terbaik dunia.

Pemain Barcelona, Gavi pula dinobatkan sebagai pemenang Trofi Kopa selepas menjadi tonggak buat Barcelona dan Sepanyol hanya pada usia 18 tahun. -AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here