Juruteknik mengaku bersalah tumbuk adik

0
233

SEORANG juruteknik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan menumbuk muka dan lengan adik perempuannya minggu lepas.

Majistret Syahrul Sazly Md Sain membenarkan Muhamad Farhan Mat Sahid, 31, diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Nov ini untuk menjatuhkan hukuman dan penyediaan fakta kes.

Muhamad Farhan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nadiah Husna, 24, dengan menumbuk di muka dan kedua-dua lengan wanita itu di sebuah rumah di Taman Rakan di sini, 11 malam 13 Okt lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran mencadangkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana bapanya mengalami strok dan ibunya baru dibenarkan keluar hospital.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here