Tag: kajang
-
PRN: Beberapa jalan di Hulu Langat, Semenyih, Kajang, Bangi ditutup
BEBERAPA jalan sekitar kawasan Hulu Langat, Semenyih, Kajang dan Bangi akan ditutup sementara bagi memastikan kelancaran pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, penamaan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Dusun Tua akan diadakan di Dewan Al-Zamakhsyari Sekolah Agama Menengah…
-
Rumah di Kajang dipajak Anwar selama 10 tahun
SEORANG peguam memberitahu kediaman yang dihuni Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kajang ketika ini dipajak selama 10 tahun. Peguam Anwar, SN Sankara Nair berkata, Perdana Menteri menandatangani perjanjian pajakan selama 10 tahun pada 2020 untuk mendiami rumah terbabit. “Harta yang beliau diami sekarang adalah dalam pajakan. Ada perjanjian pajakan selama 10 tahun,” katanya ketika ditemui…
-
Polis tahan pasangan warga Indonesia terlibat kegiatan pecah kereta
POLIS menahan sepasang suami isteri warga Indonesia dipercayai aktif menjalankan kegiatan pecah cermin kereta dan curi di sekitar Seremban dan Kajang, Selangor semalam. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 30 tahun itu ditahan pukul 1 pagi dalam Op Pecah Kereta di daerah ini. “Hasil siasatan mendapati…
-
Bapa tiri disyaki dera anak hingga maut direman lima hari-Polis
BAPA tiri yang disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun hingga mati di Taman Sri Ramal, Kajang di sini direman selama lima hari bermula hari ini hingga 28 Nov. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki berusia 53 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis sebelum…
-
Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan
POLIS menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda. Tangkapan layar kandungan itu turut tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan. Difahamkan, lelaki…
-
Bayi lelaki ditemukan di hadapan rumah di Kajang
SEORANG bayi lelaki dipercayai berusia 14 hari ditemukan ditinggalkan di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Saujana Impian, Kajang, di sini semalam. Ketua Polis Derah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis menerima laporan berhubung penemuan bayi itu pada 11.39 malam daripada pengadu yang juga pemilik rumah teres berkenaan. Beliau berkata ketika ditemui…
-
Juruteknik mengaku bersalah tumbuk adik
SEORANG juruteknik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan menumbuk muka dan lengan adik perempuannya minggu lepas. Majistret Syahrul Sazly Md Sain membenarkan Muhamad Farhan Mat Sahid, 31, diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Nov ini untuk menjatuhkan hukuman dan penyediaan fakta kes. Muhamad Farhan didakwa dengan sengaja menyebabkan…
-
Miliki dua MyKad palsu, lelaki Pakistan ditahan
SEORANG lelaki warga Pakistan yang juga peniaga pasar malam ditahan kerana disyaki memiliki dua MyKad palsu dalam serbuan Op Kutip di sebuah rumah dekat Taman Kajang Mewah, Kajang, tengah malam Selasa. Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, Nooruladzim Ateman, berkata sepasukan enam anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya membuat…
-
Tiga individu ditahan bantu kes cuba rempuh polis
POLIS menahan seorang lelaki warga asing serta seorang lelaki dan wanita tempatan selepas disyaki terlibat dalam insiden cubaan merempuh anggota polis di Sungai Long dekat Kajang, Selangor, Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, ketiga-tiganya yang berusia antara 34 dan 38 tahun ditahan di Bandar Sungai Long kira-kira 12.30 tengah…