Ronnie Liu bakal keluar DAP

0
310

VETERAN DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.

Menurut laporan The Star pada Sabtu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu berkata, beliau terpaksa mengambil langkah itu kerana tiada pilihan lain.

Namun begitu, beliau memaklumkan kenyataan mengenai perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Kemelut politik yang berlaku di Selangor mencetuskan khabar angin mengatakan Ronnie Liu yang telah bersama DAP sejak beberapa dekad lalu akan mengucapkan selamat tinggal kepada parti itu.

Pada April tahun lalu, Ronnie Liu berkata, pembawakan pucuk pimpinan DAP yang menjurus ke arah kepimpinan elit dan ala feudalistik bermula pada tahun 2008 mencetuskan perpecahan di dalam parti itu.

Katanya, pelantikan golongan elit tersebut khususnya ke dalam kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) juga telah mengetepikan pemimpin lama yang telah berjuang dari peringkat akar umbi lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here