PN tawaran segar kepada anak muda – Wan Fayhsal

0
328

PERIKATAN Nasional (PN) disifatkan sebagai sebuah gabungan parti yang segar untuk golongan muda di dalam negara ini terutamanya untuk mereka yang bakal mengundi buat julung kalinya menjelang Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) kelak.

Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara itu adalah kerana beberapa usaha yang mementingkan kebajikan golongan muda oleh gabungan parti berkenaan.

Katanya, menyedari hakikat ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden PN telah melancarkan dua platform bagi mengatasi isu-isu yang dihadapi golongan muda secara struktural dan sistemik.

“Pertama, Majlis Pekerjaan Negara. Melalui majlis ini, kerajaan Perikatan Nasional meletakkan enam teras utama bagi mengekalkan dan mencipta peluang pekerjaan, khususnya sewaktu pandemik melanda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perwakilan pada Konvensyen PN 2022 di Maeps, Serdang pada Sabtu.

Tambahnya, antara usaha yang telah dijalankan menerusi berkenaan adalah membina dan mengembangkan kapasiti usahawan, memacu pertumbuhan dalam sektor-sektor baharu, serta mempercepat transisi ke arah budaya kerja moden.

“Kedua, Tan Sri Presiden juga telah melancarkan Majlis TVET Negara sebagai platform untuk menggembleng kepakaran dan sumber daripada sektor awam, swasta dan sektor ketiga bagi memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di Malaysia.

“Untuk tujuan itu, TVET membolehkan anak-anak muda kita belajar secara praktikal dan sesuai dengan keperluan semasa mereka antaranya melalui skim perantisan yang telah diamalkan di negara-negara berindustri maju seperti Jerman, Jepun dan Korea.


“Ini semua adalah transformasi radikal yang diperkenalkan oleh Tan Sri Presiden kita sebagai Perdana Menteri demi generasi muda kita!” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here