Anugerah Prihatin PN iktiraf jasa individu, kumpulan

0
507

SEBANYAK lima organisasi dan individu menerima Anugerah Prihatin Perikatan Nasional (PN) di atas usaha murni mereka berbakti kepada masyarakat secara sukarela.

Lima penerima tersebut ialah Dr Madhusudhan Shanmugam, Soo Sin Lai, Dr Salehatul Khuzaimah, Muhammad Waqiyuddin dan Gurdwara Sahib Petaling Jaya.

Anugerah Perihatin PN disampaikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Konvensyen PN di Serdang pada Sabtu.

Bercakap kepada SatuBerita, Dr Madhusudhan Shanmugham atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Doktor Teddy Bear’ sangat bersyukur kerana sumbangan diiktiraf oleh PN.

“Saya sangat terkejut dan gembira namun anugerah itu bukan untuk saya seorang tetapi untuk pasukan saya di ‘Teddy Mobile Clinic,” katanya.

Beliau yang turut mempunyai klinik bergerak percuma membantu gelandangan dan komuniti rentas bersyukur meskipun hanya badan kebajikan kecil, namun diiktiraf PN.

Penerima lain, Muhammad Qaiyuddin Najid yang aktif membantu mangsa bencana banjir, isu luar bandar dan mahasiswa. berharap pentadbiran Malaysia di masa depan lebih telus dan mesra warga muda.

“Kepada pelajar, waktu belajar merupakan bidang latihan untuk bergiat aktif di luar jadi perbanyakkan bergiat sosial dalam masyarakat, fokus bagaimana untuk mengaplikasikan pembelajaran kepada dunia luar,” katanya

Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali atau ‘Dr Ima’ yang terkenal di media sosial TikTok berharap golongan muda dapat meneraju latar politik yang lebih adil.

“Kita nampak politik Malaysia agak bergolak sedikit, generasi muda politik perlu perbaiki dan kedepan untuk menjadikan politik yang lebih bersih,” katanya yang tergolong dalam pemenang kerana jasanya dalam menyediakan tempat perlindungan haiwan. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here