PN ambil alih kerajaan dari PH secara demokrasi, tegas Hadi

0
1095

PRESIDEN PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk secara demokrasi selepas mengambil alih daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac 2020.

Beliau juga menyifatkan PH sebagai kerajaan ‘mi segera’ selepas gagal berkhidmat kepada rakyat setelah diberi mandat 22 bulan mentadbir Putrajaya apabila parti gabungan itu lebih fokus kepada perebutan kuasa untuk jawatan perdana menteri.

“PH kerajaan yang gopoh, kerajaan mi segera, banyak hal-hal mentah (hingga) terpaksa dijatuhkan. Banyak kelemahan, salah laku, bantuan tak sampai kepada rakyat, macam-macam hal berlaku.

“Tapi kita (PN) mengambil alih dalam keadaan teratur, tiada darah yang tumpah, tiada demonstrasi, tak bergaduh rakyat dengan polis,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Perikatan Nasional (PN) 2022 di MAEPS Serdang.

Katanya, selepas PH dijatuhkan dan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih, banyak perubahan berlaku dan tiada sebarang masalah dalaman PN dan rakyat diberi bantuan sewajarnya.

“Walaupun (selepas itu) ada rakan-rakan kita bual hal dalam kerajaan disamping gangguan pembangkang (PH), namun kita dapat meneruskan kepimpinan kerajaan PN. Muhyiddin sanggup letak jawatan kerana nak jaga perpaduan PN, tukar PM (diberi kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

“Namun oleh kerana keadaan (kerajaan ada sekarang) tidak kukuh, kita perlu kerajaan yang kuat, gagah, teguh,” katanya yang juga timbalan pengerusi PN.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau menerusi ucapannya mencadangkan Muhyidin untuk sekali lagi diangkat sebagai perdana menteri sekiranya gabungan itu memenangi PRU15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here