PN harus segera bahagi kerusi PRU-15

0
290

PERIKATAN Nasional (PN) harus membuat pembahagian kerusi dengan kadar segera bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan nanti.

Naib Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria berkata, bakal-bakal calon PRU-15 harus dinamakan segera supaya jentera-jentera di bawah parti itu dapat melakukan kerja-kerja parti dengan pantas dan cermat.

Dalam pada itu beliau berkata, jelas sekali propaganda, persepsi dan kleptokrasi mampu untuk jatuhkan UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Maka dengan itu kita harus bina naratif untuk menjatuhkan UMNO dan Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika sesi perbahasan perwakilan di Konvensyen PN 2022 yang diadakan di MAEPS Serdang, Selangor, pada Sabtu.

Bukan itu sahaja, beliau turut mencadangkan supaya PN terus menguasai media massa bagi memastikan naratif dan logo tersebar luas kepada rakyat.

“Kita harus tentukan semua kerusi dan tumpu buat kerja di semua kawasan.

“Kita janjikan di depan para pemimpin bahawa kita akan kerja sungguh-sungguh untuk menangkan PN,” katanya.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Konvensyen PN 2022 berkata, adalah menjadi asas penubuhan sesebuah parti politik untuk menyertai pilihan raya dan membentuk kerajaan.

Turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yang Teck Lee; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH), Datuk Seri DR Jeffrey Kitingan serta kepimpinan yang lain. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here