PRU-15: Teruskan rundingan satu lawan satu

0
1174

KEPIMPINAN Pakatan Nasional (PN) digesa terus mengadakan rundingan bagi memastikan pertandingan satu lawan satu berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

Ketua Pemuda PN, Fadhli Saari berkata, satu lawan satu adalah ramuan terbaik memastikan UMNO-Barisan Nasional ditumbangkan.

“Saya bimbang jika kita ulangi pertandingan banyak penjuru kita akan mengulangi cerita di Pilihan Raya Kecil (PRK) Melaka dan Johor,” katanya berucap pada Konvensyen PN 2022 di Sedang pada Sabtu.

Sehubungan itu Fadhli berkata, ramuan berbeza perlu dirangka bagi mempersiapkan PN di PRU-15.

“Meskipun kita akui faktor calon boleh menang, namun kalau perlu kita tampilkan profesional muda, kita tampilkan anak muda.

“PRK Melaka telah memperlihatkan bagaimana calon-calon muda berjaya memberi saingan dan hampir menang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here