Tolak budaya tipu, perbodohkan rakyat – Hadi Awang

0
206

SESEBUAH kerajaan yang ditubuhkan dengan menipu rakyat tidak akan menjadi kerajaan yang kukuh dan bertahan lama.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi berpesan agar setiap parti komponen Perikatan Nasional (PN) untuk menolak budaya menipu serta memperbodohkan rakyat.

Tegasnya, perkara itu tidak boleh dipandang ringan apabila ia boleh menyebabkan rakyat melakukan kesilapan dalam memilih kerajaan.

“Sampaikan mesej kepada rakyat yang mengundi dengan kefahaman, kesedaran serta bahasa yang mudah.

“Gunakan penerangan, media sosial, bahan kempen juga dalam bahasa yang mudah. Tolak budaya menipu rakyat kerana rakyat tidak boleh ditipu selama-lamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan penggulungan pada Konvensyen PN 2022 di Maeps, Serdang pada Sabtu.

Turut hadir, Pengerusi PN; Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yang Teck Lee; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH), Datuk Seri DR Jeffrey Kitingan serta kepimpinan yang lain. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here