PN buktikan mampu urus negara meskipun berdepan cabaran dan tekanan politik lawan

0
1213

PERIKATAN Nasional (PN) membuktikan ia sebuah parti pemerintah yang mampu mengurus negara dengan baik meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk tekanan daripada parti lawan.

Naib Presiden parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin berkata, banyak perkara dilaksanakan terutama ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi perdana menteri ketika itu.

“Pada 3 Mac beliau dilantik menjadi perdana menteri, 9 Mac kami dilantik sebagai jemaah menteri, dan tidak lama selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bayangkan bagaimana seluruh dunia mentadbir negara masing-masing tanpa ada ilmu mengenai wabak Covid-19.

“Begitu juga dengan PN yang ketika itu ‘zero’ pengetahuan mengenai Covid-19. Tetapi kami berjaya buktikan dan mampu mengurus negara dengan baik, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam merasmikan Konvensyen PN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun PN Kedua di sini pada Sabtu.

Katanya lagi, apa yang PN beri adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan apa yang dinikmati hari ini bukan secara kebetulan, tetapi atas usaha dan penat lelah Tan Sri Muhyiddin.

“Begitu juga dengan ekonomi. Walaupun berdepan dengan krisis ekonomi yang teruk namun kini kita boleh lihat ekonomi semakin meningkat dengan baik. This is not by the chance, this is by desire,” katanya.

Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yang Teck Lee; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH), Datuk Seri DR Jeffrey Kitingan serta kepimpinan yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here