Penganggur tekup kekasih guna bantal hingga mati didakwa esok

0
409

SEORANG penganggur yang disyaki menekup kekasihnya dengan bantal sehingga mati di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang, Selangor, akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sudah mendapat arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi pertuduhan terhadap suspek berusia 24 tahun itu.

“Lelaki yang sudah ditahan polis itu masih ditempatkan di lokap Klang.

“Pendakwaan ke atas suspek berkenaan akan dilakukan di Mahkamah Klang pada 4 Julai (esok),” katanya selepas merasmikan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Selangor di Taman Penggawa Kuala Selangor, pada Jumaat, lapor Kosmo Online.

Menurut Arjunaidi, motif sebenar kejadian mengenai punca suspek melakukan perbuatan ke atas mangsa masih dalam siasatan.

“Kita masih menyiasat dan tidak boleh mendedahkan motif itu kerana ia akan melibatkan kes di mahkamah nanti,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar perempuan berakhir dalam keadaan tragis apabila dia mati ditekup menggunakan bantal oleh kekasihnya sendiri dalam kejadian di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang.

Tragedi tersebut berlaku setelah mangsa berumur 16 tahun dibawa dari Puchong menggunakan kenderaan jenis Perodua Myvi di rumah kekasihnya kira-kira pukul 2 pagi pada 26 Jun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here