Rebut hasil jagung, penagih dadah tetak abang

0
499

HANYA kerana jagung, seorang adik yang juga penagih dadah bertindak menetak abangnya sendiri menggunakan sebilah parang akibat berebut hasil tanaman jagung di Kampung Tualang Keliki Machang, Jumaat lalu.

Menurut laporan Kosmo!, sehari sebelum kejadian, telah berlaku salah faham di antara suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dengan kakaknya berusia 30-an kira-kira pukul 9.30 malam

Pertelingkahan itu dipercayai berpunca daripada kutipan hasil tanaman jagung yang diusahakan di atas tanah pusaka milik arwah bapanya sebelum dia nekad menghunus sebilah pisau kepada wanita itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superitendan Mohd Zahir Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, abangnya cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut sebelum suspek bertindak mencederakan paha lelaki itu dengan pisau yang sama.

Beliau berkata, abang suspek telah dibawa ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada malam itu juga.

“Suspek bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan abangnya telah datang ke rumah lelaki itu keesokan harinya dengan membawa sebilah golok sebelum menetak mangsa”.

“Tetakan itu menyebabkan abangnya cedera pada lengan, kepala dan lutut sebelum dibawa semula ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis telah berjaya mengesan keberadaan suspek sebelum dicekup di kawasan kebun jagung di belakang rumahnya kira-kira pukul 3.20 pagi pada Sabtu lalu.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod lampau berkait kes jenayah dan satu kes dadah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here