Kanak-kanak dua tahun tembak mati ayah sendiri

0
616

DALAM sebuah insiden di California Amerika Syarikat , seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun secara tidak sengaja menembak dan membunuh bapanya menggunakan pistol yang ditinggalkan tanpa pengawasan.

Menurut pihak berkuasa, polis tiba di rumah mangsa menerusi panggilan 911 pada 26 Mei lepas, dan mendapati ibu kanak-kanak itu, Marie Ayala sedang berusaha menyelamatkan suaminya, Reggie Mabry, 26.

Penguatkuasa undang-undang Orange County, John Mina menjelaskan pada awalnya mangsa telah menembak dirinya sendiri, tetapi anak sulungnya kemudian memberitahu penyiasat bahawa picu pistol ditarik oleh adik lelakinya yang berusia dua tahun.

Menurut laporan BH Online, pistol itu berada dalam beg yang ditinggalkan Mabry dan kanak-kanak itu ternampak lalu menembak bapanya di belakang semasa bermain permainan video di komputer.

“Disebabkan Pemilik senjata api yang tidak menjaga senjatanya, dengan hanya sesaat saja, satu tragedi boleh berlaku di rumah.

“Kini, kanak-kanak kecil ini telah kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka. Bapa mereka telah mati, ibu berada dalam penjara dan seorang anak kecil terpaksa menjalani kehidupannya dengan mengetahui bahawa dia menembak bapanya,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua ibu bapa itu juga sedang berada dalam pemerhatian polis berikutan beberapa kesalahan pengabaian kanak-kanak dan penggunaan dadah.

Nahas sebegini bukan perkara asing di Amerika Syarikat di mana pada Ogos tahun lepas, seorang kanak-kanak berusia dua tahun menemui pistol yang ditinggalkan dalam beg galas Paw Patrol dan menembak ibunya di kepala semasa sedang dalam persidangan video.

Tragedi terbaharu itu juga berlaku ketika perdebatan mengenai peraturan senjata api di negara itu selepas beberapa tembakan besar-besaran berlaku di sekolah rendah, pasar raya dan hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here