Dua penyelia ditahan SPRM buat tuntutan palsu lebih RM25,000

0
243

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan dua penyelia sebuah persatuan sukarelawan beruniform kerana dipercayai mengemukakan tuntutan elaun penugasan palsu berjumlah lebih RM25,000.

Suspek berusia 38 dan 56 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Seremban, Seremban, Negeri Sembilan pada pukul 2 petang ketika hadir memberikan keterangan.

Memetik laporan Harian Metro, kedua-duanya direman sehingga 26 April ini bagi membantu siasatan.

Permohonan reman terhadap kedua-dua lelaki dibuat Pegawai Pendakwa Mohd Khairi Abdul Karim di hadapan Majistret Intan Syafinaz Ros’lin di Mahkamah Khas Trafik Seremban, hari ini.

Menurut sumber, tuntutan palsu itu membabitkan tuntutan penugasan di sebuah pusat pendidikan di Bandar Baru Enstek, Nilai, sedangkan kedua-duanya tidak hadir bertugas ketika itu.

Kesalahan dilakukan daripada Mei hingga November 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan penahanan kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here