[VIDEO] Sambutan luar biasa bukti rakyat Johor terima PN

0
682

KETIKA parti Umno cukup yakin dapat membenam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seterusnya menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, namun suasana di peringkat akar umbi tidak menggambarkan sedemikian.

Malam tadi, lebih 5,000 orang hadir pada Majlis Pelancaran Perikatan Nasional Johor yang berlangsung di Kota Tinggi.

Sambutan luar biasa itu berbeza dengan dakwaan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri kononnya Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat sambutan di Johor.

Khemah besar dan khemah tambahan yang dipasang di kawasan padang awam Taman Pasak Indah malam tadi tidak mampu menampung jumlah orang ramai sehingga melimpah ke luar khemah.

Majlis pelancaran itu menghimpunkan pemimpin utama PN termasuk Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan Datuk Dr. Dominic Lau.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yaakob serta pemimpin-pemimpin utama parti komponen tersebut.

Sambutan hangat ini seolah-olah mengulangi suasana pada pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 yang menyaksikan gelombang kebangkitan rakyat menolak BN sehingga parti itu tersungkur selepas 60 tahun memerintah.

Para pengundi muda dan pengundi baharu yang berjumlah kira-kira 750, 000 orang dan pertama kali mengundi dijangka menjadi pencetus kepada gelombang kebangkitan rakyat Johor pada pilihan raya negeri ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here