Kes maut makan makanan dalam tong sampah – polis tunggu laporan Jabatan Kimia

0
503

HASIL bedah siasat ke atas mayat dua beradik yang maut selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut kelmarin, dihantar ke makmal Jabatan Kimia di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata proses itu bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dua beradik lelaki warga Myanmar berkenaan.

“Bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Punca kematian sebenar masih belum dapat dipastikan dan perlu menunggu analisisi lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan polis terpaksa menggunakan khidmat jurubahasa kerana bapa kanak-kanak terbabit tidak fasih berbahasa Melayu.

Mangsa dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan adiknya, Ngei, 2, dilaporkan meninggal dunia di rumah jiran berhampiran tong sampah berkenaan pada jam 5.40 petang.

Susulan itu, bapa kanak-kanak terbabit berusia 36 tahun ditahan tengah malam hari kejadian selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here